Disebalik pengasas syarikat Research In Motion (RIM)

Tablet PC Playbook keluaran syarikat RIM


  Mike Lazaridis yang dilahirkan di Istanbul, Turki pada 14 Mac 1961,  merupakan pengasas kepada syarikat gergasi Research In Motion. Beliau telah berpindah bersama keluarganya ke Kanada pada usia 5 tahun. Disebalik kejayaan syarikat beliau, Lazaridis merupakan seorang yang ulat buku, pada usia 12 tahun beliau telah menghabiskan kesemua buku Sains di Perpustakaan Awam Windsor. Pada tahun 1979, beliau mendaftarkan diri  ke Universiti Waterloo dalam bidang kejuruteraan elektrik dengan pilihan bidang sains komputer. Lima tahun kemudian, beliau telah bertekad untuk menerima permintaan daripada General Motors (GM) untuk membangunkan sistem paparan kawalan rangkaian komputer dengan tawaran kontrak bernilai $600,000. Pendidikan formalnya gagal apabila diberhentikan daripada pengajian di universitinya pada tahun tersebut.



Dengan semangat kental dan tidak kenal erti putus asa, bersandarkan bayaran kontrak dari GM, geran pinjaman kecil dan pinjaman sebanyak $15,000 daripada ibu bapanya, Lazaridis bersama rakan usaha sama yang lain Mike Balsillie dan Douglas Fregin, melancarkan sesebuah firma syarikat penyelidikan, teknologi dan telekomunikasi Research In Motion (RIM). Antara pencapaian yang boleh dibanggakan RIM dan Lazaridis sendiri adalah kejayaan membangunkan teknologi kod bar untuk filem. Beliau juga mempelopori penyelidikan berkenaan transmisi data wayarles dan seterusnya terciptalah Blackberry yang mengetengahkan konsep trasmisi wayarles mudah alih pada tahun 1999.


Disebalik jenama Blackberry


Generasi pertama Blackberry Bold

RIM telah melantik syarikat konsultansi jenama Lexicon Branding untuk meletakkan nama yang sesuai pada peranti pemesejan wayarles mereka. Akhirnya mereka telah memutuskan nama Blackberry kerana penyusunan pad kekunci pada peranti mereka seperti bijih benih yang telah disusun.



sumber:wikipedia dan majalah pc

Comments

Popular Posts